Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, April 6, 2010

~kursus kahwin~

Zuzu rasa bila korang baca je tajuk ni mesti ada yang anggap boring dan mungkin juga ada yang berminat untuk membacanya. Bukannya apa cuma ingin berkongsi pengalaman yang baru zuzu tempuh weekend yang lepas.Kalau korang nak tahu kursus perkahwinan ni wajib untuk dihadiri bagi setiap pasangan yang ingin berumahtangga. Tapi zuzu yakin ramai di antara remaja sekarang ni mesti cakap boring untuk mendengar ceramah dlm kursus perkahwinan. zuzu pun camtu gak dulu...tapi bila dah attend, baru la tahu betapa seronoknye menghadiri kursus ni..zuzu & mr.tunang telah mengambil kursus kahwin di TTDI Damansara...pada asalnye kitorg booking di Pusat Bandar Damansara tapi disebabkan ada masalah teknikal kami di transfer kan ke TTDI Damansara...

Oklah zuzu nak cerita sikit... untuk menghadiri kursus ni korang kena bayar RM 80 seorang, kebiasaanya camtulah tapi mungkin ada tempat lain yang mempunyai harga berbeza. Kursus ni perlu dihadiri selama 2 hari. Waktu mula-mula zuzu nak gi mmg terasa berat hati... dlm otak ni zuzu dah set "mesti boring punya attend kursus perkahwinan ni" tapi bila zuzu dah duduk dan mendengar sedikit ceramah tersebut... terus minda zuzu bertukar kearah yang positif, tak sangka gak zuzu... rupanya seronok menghadiri kursus kahwin ni... ustaz2 dan ustazah bukan la terlalu serius memberi ceramah tapi asyik buat lawak je... tambah lagi zuzu ni mmg jenis suka ketawa.. so terbahak-bahak la ketawa ketawa aritu. hehehhe

Bla dah mendengar ceramah ttg perkahwinan ni , rupanya banyak lagi ilmu yang kita tak tahu dan perlu dibelajar... Dulu-dulu zuzu ingatkan ilmu zuzu dah tinggi gunung, rupa-rupanya baru tahap tanah yang landai je... betul gak cakap org dulu-dulu belajar hingga ke liang lahat.

Dalam kursus ni, kita diajar cara berkomunikasi suami isteri, bagaimana untuk berkomunikasi dengan cara yang terbaik. Selain tu kita juga belajar ttg ibadah, kesihatan, akhlah suami isteri, cara menggunakan wang dengan bijak dan lain2. zuzu pasti korang mesti rasa syok bila mendengar ceramah ni dan tak sabar nak kahwin heheheh (nak cakap diri sendiri sebenarnya).

anyway kursus 2 harini benar2 membuka mata setiap pasangan yg hadir...pada hari terakhir beberapa minit sebelum kursus berakhir, ustazah siap bgtahu, kemungkinan kursus pada masa akan dtg akan ditambah jumlah jamnya akibat daripada masalah sosial yg terlalu tinggi...dan ustazah juga ada beritahu bahawa mungkin setiap pasangan yg sudah berkahwin dalam tempoh 5 thn perlu menghadiri kursus rumahtangga...tapi sume ni ditahap cadangan...heheheh...

so, pada sesiapa yg nak gi kursus kahwin nie, zuzu cadangkan pergi di sini..memang best dan xbosan langsung....ceramah yg diberikan bukan dlm bentuk formal tetapi terlalu santai dan relax...so apa lagi..pergi la mendaftar kursus kahwin disini...selamat berjaya!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails